logoFarmasi2
Sunday, 18 May 2025
20 Dhu al-Qi'dah 1446

BENGKEL PROBLEM-BASED LEARNING (PBL)

4-5 September 2024 – Fakulti Farmasi (FF) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan bengkel Problem-Based Learning (PBL) khas untuk semua pensyarah FF. Bengkel ini berlangsung selama dua hari bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Farmasi, UniSZA Kampus Besut.

Tujuan utama bengkel adalah untuk memperkenalkan pensyarah kepada prinsip dan amalan “Pembelajaran Berasaskan Masalah” (PBL). Pembelajaran berteraskan masalah atau juga dikenali sebagai Problem-Based Learning (PBL) merupakan penggunaan strategi pendidikan dan pembelajaran baharu. 'Pembelajaran berasaskan masalah' (PBL) telah terbukti berupaya meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan pelajar dengan ketara. PBL ialah kaedah pendidikan yang tertumpu kepada pembelajaran kendiri, perbincangan kumpulan kecil dengan fasilitator, dan mengatasi masalah untuk memperoleh pengetahuan. Ia telah banyak diamalkan di peringkat pendidikan tinggi terutamanya dalam kursus perubatan, pergigian, farmasi, sains kesihatan, undang-undang dan lain-lain.

Pensyarah Farmasi daripada University of Cyberjaya, Encik Masro bin Mohamad @ Puad dan Puan Fauziah binti Zamri dijempiut dalam sesi ini bagi memberikan taklimat kepada peserta.

Hasil daripada bengkel ini pensyarah telah mempelajari asas-asas dan teori di sebalik PBL, membangunkan kemahiran praktikal untuk melaksanakan program PBL dalam Farmasi, mencipta senario serta mempersembahkan senario PBL mereka sendiri.

Bengkel ini mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan penuh daripada semua pensyarah Fakulti Farmasi. Mereka berharap dapat menerapkan prinsip PBL dalam pengajaran bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran di kalangan pelajar fakulti.