logoFarmasi2
Tuesday, 23 April 2024
14 Shawwal 1445

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR FAKULTI FARMASI 2022 (PHARMEX AWARD 2021)

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR FAKULTI FARMASI 2022 (PHARMEX AWARD 2021)

Pada 31 Mei 2022 (Selasa) telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Fakulti Farmasi bagi mengiktiraf sumbangan serta kecemerlangan pelajar- pelajar Fakulti Farmasi sepanjang tahun 2020/2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Farmasi, YBrs. Prof. Dr. Lua Pei Lin dan dihadiri oleh semua staf akademik, pelajar prasiswazah dan pelajar siswazah Fakulti Farmasi. Majlis berlangsung bertempat di Dewan Auditorium Blok F8, UniSZA Kampus Besut pada pukul 11.30 pagi, selama satu jam dan berjalan dengan lancar.

Sebanyak tiga kategori anugerah yang dicalonkan. Calon telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Anugerah Fakulti Farmasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

  • Anugerah Dekan: Anugerah ini diberikan kepada pelajar bagi program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir semester II sesi 2020/2021 dan semester I sesi 2021/2022 dengan nilai PNGS 3.50 dan ke atas. Seramai 88 orang pelajar yang mendapat Anugerah Dekan.
  • Anugerah Pra Siswazah Terbaik 2021. Anugerah ini diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan fakulti [dinilai setelah selesai satu (1) tahun pengajian] di Fakulti Farmasi yang merangkumi pencapaian akademik cemerlang, sumbangan komuniti, penglibatan aktif dalam aktiviti persatuan/fakulti/universiti sama ada di dalam atau luar negara. Anugerah ini dianugerahkan kepada pelajar Tahun 2, Nur Azwa binti Hisham dan pelajar Tahun 3, Brandon A/L Xavier.
  • Anugerah Siswazah Mumtaz 2021; Anugerah ini dianugerahkan kepadaHazem Choukaife bagi mengiktiraf sumbangan pencapaian terpuji pelajar siswazah FF pada tahun 2021 dalam menghasilkan penerbitan (berimpak), menerima anugerah dalam pelbagai kategori/pertandingan serta penglibatan aktif dalam aktiviti –aktiviti fakulti.

Dua anugerah baharu telah diperkenalkan pada tahun ini iaitu Anugerah Graduan Pertama Fakulti Farmasi; dianugehkan kepada Hazem Choukaife bagi menghargai pelajar siswazah sulung Fakulti Farmasi yang telah bergraduat dan Anugerah Khas PharmEx; bagi menghargai 3 orang pelajar (Salihah binti Azmi, Pavitra A/P Manimaran dan Yaalini A/P Adaikalasamy) yang telah memenangi Semi Grand Award pada Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2022 (MPI’22).

Pihak fakulti mengucapkan tahniah dan semoga dengan penerimaan anugerah ini dapat memberikan lebih lagi motivasi dan semangat pelajar-pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik.