logoFarmasi2
Friday, 29 March 2024
19 Ramadan 1445

Clinical Pharmacy Preceptor Workshop

BESUT, 20 September 2022 - Fakulti Farmasi UniSZA telah menganjurkan Clinical Pharmacy Preceptor Workshop pada 20 September (Selasa) secara dalam talian. Bengkel ini memberikan pendedahan awal kepada pensyarah klinikal dan preseptor hospital tentang perkara-perkara yang perlu dititik berat kan semasa sangkutan klinikal, memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman pensyarah fakulti farmasi serta preseptor klinikal mengenai proses penyeliaan pelajar-pelajar yang akan mengikuti sangkutan klinikal di hospital.

Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Syed Azhar bin Syed Sulaiman dari School of Pharmaceutical Sciences,Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan dihadiri oleh 35 orang peserta dari hospital dan klinik kesihatan sekitar Terengganu dan Kelantan. Bengkel dimulakan dengan kata-kala aluan dari Dekan Fakulti Farmasi UniSZA. Penceramah telah membincangkan tentang Strategies in Clinical Pharmacy Teaching and Activities dan Clinical Pharmacy Presceptorship:Do’s and Dont’s. Perkongsian ilmu selama dua jam ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kakitangan hospital dan klinik sekitar Terengganu dan Kelantan.

Banyak perkongsian dan ilmu baharu yang telah disampaikan oleh penceramah, di antaranya proses penyeliaan sangkutan pelajar, perkongsian maklumat mengenai isu-isu yang akan ditempuhi semasa program sangkutan berjalan dan memastikan objektif program sangkutan klinikal tercapai. Di antara take home message, peserta perlu meningkatkan ilmu pengetahuan klinikal yang terkini, menjadi pendidik dan bukan hanya guru, dan memastikan pensyarah dan preseptor memberi komen dan petunjuk yang membina kepada para pelajar, sentiasa berfikiran terbuka dan berkomunikasi sebaiknya dengan pengamal kesihatan yang lain.

Secara kesimpulannya, para peserta amat berpuas hati kerana banyak maklumat dan pengetahuan yang dapat dikongsikan oleh penceramah pada bengkel pada kali ini. Pihak fakulti bercadang untuk mengadakan bengkel preceptor farmasi komuniti bagi persediaan latihan sangkutan pelajar pada masa akan datang.