logoFarmasi2
Sunday, 19 September 2021
11 Safar 1443

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF FAKULTI FARMASI 2020

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF FAKULTI FARMASI 2020

Pada 7 Disember 2020 (Isnin) telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf Fakulti Farmasi untuk tahun 2020. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Lua Pei Lin (Dekan Fakulti Farmasi) dan dihadiri oleh semua staf akademik dan staf pentadbiran Fakulti Farmasi. Majilis berlangsung pada pukul 9.00 pagi, selama satu jam dan berjalan dengan lancar.

Sebanyak lima kategori anugerah yang dicalonkan iaitu Anugerah Penerbitan, Anugerah Penyelidikan, Anugerah Pengajaran, Anugerah Khidmat Komuniti dan Anugerah Staf Contoh Pentadbiran. Calon telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Anugerah Fakulti Farmasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Senarai pemenang anugerah adalah seperti berikut:

  • Anugerah Penerbitan (Dr. Zalina binti Zahari)
  • Anugerah Penyelidikan (Dr. Norsyafikah Asyilla binti Nordin)
  • Anugerah Pengajaran (Dr. Syaliza binti Omar)
  • Anugerah Khidmat Komuniti (Dr. Norsyafikah Asyilla binti Nordin)
  • Anugerah Staf Contoh Pentadbiran (Pn. Fairuz binti Zakaria)
  • Anugerah Staf Contoh Pentadbiran (Cik Nurain Naziha binti Othman)

Pihak fakulti mengucapkan tahniah dan semoga dengan penerimaan anugerah ini dapat memberikan lebih lagi motivasi dan semangat untuk terus memberikan khidmat yang terbaik.