logoFarmasi2
Thursday, 28 March 2024
18 Ramadan 1445

PRIHATIN UBAT ANDA

Pada 14 November 2019 (Khamis) yang lalu, Fakulti Farmasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Program Prihatin Ubat Anda. Penerangan ini disampaikan oleh ahli farmasi berdaftar dari Persatuan Framaseutikal Malaysia (MPS) Cawangan Terengganu. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, kesedaran dan pengetahuan mereka terhadap penggunaan ubat-ubatan dengan berkesan. Peserta diberi penerangan bagaimana untuk mendapatkan maklumat sahih tentang ubat, pengambilan ubat secara betul, cara penyimpanan ubat yang bersesuaian dan mengenali kesan buruk ubat sekiranya berlaku. Kesalahan ubat, cara pengambilan ubat yang tidak mengikut arahan bukan sahaja menjejaskan keberkesanannya, malah boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini kepada pesakit. Program ini memberi kesan yang positif kepada peserta tentang cara penggunaan dan penyimpanan ubat dengan betul. Respon dari peserta dari fakulti lain amat positif, di mana mereka dapat menambah pengetahuan tentang ubat-ubatan. Maklumat ini bukan sahaja berguna kepada peserta, namun juga mereka boleh aplikasikan kepada ahli keluarga dan sahabat yang lain. Peserta didedahkan dengan maklumat bagaimana sesuatu ubat itu didaftarkan serta peranan ahli farmasi di dalam menentukan kualiti sesuatu ubat di peringkat industri. Peserta juga di dedahkan dengan cara kaunseling pesakit/pelanggan berkenaan ubat-ubatan.