logoFarmasi2
Selasa, 19 Mac 2024
9 Ramadan 1445

Sejarah Penubuhan Fakulti Farmasi, UniSZA

Cadangan penubuhan fakulti farmasi pada mulanya diluluskan dalam mesyuarat senate khas universiti pada 8 Jun 2016 dan kemudiannya diperakukan dalam mesyuarat lembaga pengarah universiti pada 21 Jun 2016. Susulan dari itu, satu permohonan kepada KPT dibuat pada 25 Julai 2016 dan pada 19 September 2016 pihak KPT telah meluluskan penubuhan fakulti farmasi di UniSZA.

Buat masa ini Unisza mempunyai fakulti perubatan yang menawarkan program perubatan dan kejururawatan. Manakala fakulti sains kesihatan yang ditubuhkan pada 2015 menawarkan program-program bioperubatan, dietetik dan pemakanan, fisioterapi dan pengimejan perubatan.

Fakulti farmasi ini akan ditempatkan di kampus Besut. Sehingga kini, Unisza Kampus Besut mempunyai dua fakulti; iaitu fakulti biosumber dan industri makanan (FBIM), dan fakulti informatik dan komputeran (FIK).