MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR FAKULTI FARMASI 2024 (PHARMEX AWARD 2024)
Pada 10 Jun 2024 (Isnin) telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Fakulti Farmasi bagi mengiktiraf sumbangan serta kecemerlangan pelajar-pelajar Fakulti Farmasi bagi semester II sesi 2022/2023 dan semester I sesi 2023/2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Farmasi, YBrs. Prof. Dr. Lua Pei Lin dan dihadiri oleh semua staf akademik, pelajar prasiswazah dan pelajar siswazah Fakulti Farmasi. Majlis berlangsung bertempat di Auditorium Ibnui Khaldun, UniSZA Kampus Besut pada pukul 2.30 petang, selama satu jam dan berjalan dengan lancar.
Sebanyak lima kategori anugerah yang dicalonkan. Calon telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Anugerah Fakulti Farmasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
- Anugerah Dekan: Anugerah ini diberikan kepada pelajar bagi program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir semester II sesi 2022/2023 dan semester I sesi 2023/2024 dengan nilai PNGS 3.50 dan ke atas. Seramai 90 orang pelajar yang mendapat Anugerah Dekan.
- Anugerah Pra Siswazah Terbaik 2022/2023. Anugerah ini diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan fakulti [dinilai setelah selesai satu (1) tahun pengajian] di Fakulti Farmasi yang merangkumi pencapaian akademik cemerlang, sumbangan komuniti, penglibatan aktif dalam aktiviti persatuan/fakulti/universiti sama ada di dalam atau luar negara. Anugerah ini dianugerahkan kepada pelajar Tahun 2, Ching Shan Yi, pelajar Tahun 3, Muhammad Hariz Akmal Bin Mohd Asri dan pelajar Tahun 4, Muhammad Fahmi Bin Zakaria @ Mohamad.
- Anugerah Siswazah Mumtaz 2023; Anugerah ini dianugerahkan kepada Hazem Choukaife bagi mengiktiraf sumbangan pencapaian terpuji pelajar siswazah FF pada tahun 2023 dalam menghasilkan penerbitan (berimpak), menerima anugerah dalam pelbagai kategori/pertandingan serta penglibatan aktif dalam aktiviti –aktiviti fakulti. Anugerah ini dianugerahkan kepada Hazem Choukaife.
- Anugerah Kecemerlangan Penerbitan; Anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar-pelajar siswazah FF dalam penerbitan artikel dalam jurnal atau buku/monograf/majalah dan lain-lain. . Anugerah ini dianugerahkan kepada Azni Izwati Binti Hamdan.
- Anugerah Akademik Terpuji; Anugerah ini diberikan kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir semester I sesi 2023/2024 dan semester II 2022/2023 dengan nilai PNGS 4.00. Anugerah ini dianugerahkan kepada pelajar Kong Yi Meng dan Ching Shan Yi untuk semester II sesi 2022/2023 serta Ching Shan Yi bagi semester I sesi 2023/2024.
Pihak fakulti mengucapkan tahniah dan semoga dengan penerimaan anugerah ini dapat memberikan lebih lagi motivasi dan semangat pelajar-pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik.