logoFarmasi2
Jumaat, 19 April 2024
10 Syawwal 1445

Pharminar – Akademia – Industri – Komuniti : ‘Status Halal Ubat-Ubatan Di Malaysia’

 

 

Fakulti Farmasi UniSZA telah menganjurkan Pharminar – Akademia – Industri – Komuniti: ‘Status Halal Ubat-Ubatan di Malaysia’ pada 27 Mei 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Pharminar ini disertai oleh seramai 140 orang peserta dari kalangan staf UniSZA, guru dan pelajar sekolah, Pegawai Farmasi Komuniti dan masyarakat setempat. Sesi ceramah disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Farahidah binti Mohamed.

Intitpati utama ceramah adalah kandungan/bahan tidak halal. Mengikut syariat, makanan yang halal dan haram adalah bergantung kepada lima perkara iaitu haiwan yang dilarang, larangan menggunakan darah, cara penyembelihan yang halal dimakan, larangan menggunakan bangkai dan larangan menggunakan bahan yang memabukkan. Asas yang sama juga terpakai untuk ubat-ubatan.

Agensi bertanggungjawab berkaitan ubatan halal di Malaysia adalah Agensi Penguatkuasaan Farmaseutikal Negara (NPRA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dua sumber rujukan yang diguna pakai sebagai panduan kawalan ubat halal atau halal farmaseutikal iaitu Al-Quran dan hadith, As-sunnah dan Ijma’ ulama, dan MS 2424:2012 - Malaysian Standard (MS) on Halal Pharmaceuticals- General Guideline.

Penggunaan alkohol dalam ubatan seperti penggunaan alkohol dalam ubat minum untuk merawat batuk. Bagi tujuan perubatan, e-Fatwa meletakkan ubat batuk tersebut boleh digunakan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak pilihan ubat yang efektif dipasaran yang tidak mengandungi alkohol. Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu bijak membuat pilihan.

Secara kesimpulannya, banyak maklumat dan pengetahuan baru untuk para peserta program yang dapat dikongsikan oleh penceramah pada pharminar pada kali ini.