logoFarmasi2
Jumaat, 29 Mac 2024
19 Ramadan 1445

HOME MEDICATION REVIEW 2021

28 Ogos 2021, Sabtu - Berlangsungnya Program Komuniti 'Home Medication Review (HMR) 2021', anjuran Fakulti Farmasi Universiti Sultan Zainal Abidin.
Program HMR yang merupakan aktiviti tahunan fakulti ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat kepada pesakit mengenai pengambilan, penyimpanan serta pelupusan ubat-ubatan di samping meningkatkan kesedaran pesakit dan penjaga tentang penggunaan ubat-ubatan secara selamat.
 
Berbeza dengan penganjurannya sebelum ini, program HMR pada kali kali ini dilaksanakan secara virtual melalui aplikasi Google Meet bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Peserta yang terlibat pada kali ini adalah dalam kalangan guru/ahli keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Jerteh Terengganu.
Setiap kumpulan petugas terdiri daripada staf fakulti (Ahli Farmasi & staf lain) serta pelajar Tahun 2 SM Farmasi (Kepujian).
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Lua Pei Lin, Dekan Fakulti Farmasi, manakala Majlis Penutup disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zalina binti Zahari, Timbalan Dekan (Akademik & Siswazah) Fakulti Farmasi.
 
Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diberikan kepada para peserta melalui sesi virtual HMR ini dapat dimanfaatkan dan menjadi asbab kebaikan kepada pihak kami dalam menyampaikan maklumat secara telus dan tepat kepada komuniti berlandaskan 'Ilmu Demi Faedah Insan'