logoFarmasi2
Khamis, 28 Mac 2024
18 Ramadan 1445

IKOP SDN BHD

Lawatan ke Ikop Sdn Bhd telah diadakan pada 01 September 2020. Sesi lawatan ini disertai oleh staf akademik dan staf pentadbiran Fakulti Farmasi. Program lawatan ini bertujuan untuk menjalin hubungan diantara Fakulti Farmasi dan Ikop Sdn Bhd selain dapat meningkatkan kerjasama yang lebih banyak bersama pihak Ikop Sdn. Bhd. dalam pelbagai bidang termasuklah bidang penyelidikan dan inovasi. Kedatangan pihak fakulti telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Farahidah binti Mohamed daripada pihak Ikop Sdn Bhd dan sedikit taklimat telah diberikan. Sedikit perbincangan telah diadakan bagi menjalinkan usaha ke arah pembangunan profesional dan kemajuan kerjaya staf akademik khususnya melalui sangkutan industri di Ikop Sdn. Bhd. Selain itu juga untuk menempatkan pelajar-pelajar bagi sesi pembelajaran dan latihan secara hands on disana.

Pihak fakulti dibawa untuk melawat sekitar Kuliyyah Pharmacy dan Ikop Sdn Bhd. lawatan tertumpu kepada melihat sekitar makmal dan industri perkilangan yang ditawarkan oleh pihak Ikop Sdn Bhd. Pelbagai peralatan dan teknologi makmal ditunjukkan kepada pihak fakulti dan ini dapat memberi inspirasi kepada pihak pengurusan fakulti untuk menambahbaik peralatan dan mengembangkan lagi fasiliti makmal di Fakulti Farmasi, UniSZA Kampus Besut. Terdapat berbagai prosedur dalam kawasan perindustrian dan SOP (Standard Operating Procedure) yang perlu diikuti semasa masuk dalam industri perkilangan seperti pemakaian pelitup muka, baju, sarung tangan, sarung kaki, dan pelitup kepala. Segala pengalaman dan idea dapat dikongsikan melalui lawatan selain mewujudkan jalinan yang kukuh bersama pihak Ikop Sdn Bhd.