logoFarmasi2
Jumaat, 19 April 2024
10 Syawwal 1445

PROGRAM U.N.I FARMASI

Pada 7 November 2019 (Khamis) yang lalu, Fakulti Farmasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Program Peluang Membuka Farmasi Komuniti di Bawah Jenama U.n.i Farmasi dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Terengganu. Ketua Penolong Pengarah (Usahawan) MARA iaitu Puan Afizah Zubaidah telah dijemput bagi memberikan taklimat kepada peserta bagi membantu peserta memahami program pembangunan usahawan profesional yang dilaksanakan oleh pihak MARA dan merancang kerjaya mereka pada masa akan datang.Program ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang ProSPEC U.n.i FARMASI selain memberikan pendedahan kepada peserta tentang peluang pekerjaan di dalam bidang farmasi komuniti.