logoFarmasi2
Khamis, 18 April 2024
9 Syawwal 1445

Pharmacists Career Insights Industry

 

28 November 2019 – Program Industrial Talk bertajuk “Pharmacists Career Insights Industry” telah diadakan oleh pihak Fakulti Farmasi dengan menjemput Encik Ahmad Fikri bin Hasim (Pengurus Pengeluaran/Ahli Farmasi) dari Ain Medicare Sdn Bhd. peserta jemputan adalah pelajar Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) seramai 27 orang. Program ini mensasarkan beberapa matlamat untuk dicapai antaranya untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan penyediaan produk farmaseutikal dan perkhidmatan yang berkualiti secara konsisten bagi memenuhi kepuasan ahli profesional kesihatan dan pesakit, selaras dengan keperluan pengawalseliaan dan amalan terbaik.

Selain itu, ianya dapat memberikan pendedahan kepada peserta tentang Quality Policy dan Quality Management yang diamalkan di Ain Medicare Sdn Bhd serta memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan di dalam bidang industri farmaseutikal.

Dengan adanya program seperti ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya usaha menaikkan kadar kebolehpasaran pelajar Fakulti Farmasi, UniSZA. Dan membantu pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa akan datang.