logoFarmasi2
Jumaat, 29 Mac 2024
19 Ramadan 1445

Program Khidmat Masyarakat "Home Medication Review" FF 2018

18 Ogos 2018 - Fakulti Farmasi UniSZA Kampus Besut telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat "Home Medication Review"  di sekitar Kota Putera, Besut Terengganu. Program ini merupakan salah satu inisiatif fakulti untuk mendekati masyarakat terutamanya para pesakit di kawasan sekitar melalui lawatan dari rumah ke rumah untuk memberi kefahaman dan meningkatkan kesedaran pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan secara betul dan selamat. Program yang julung kali diadakan oleh FF ini mendapat kerjasama dan sokongan yang kuat dari Hospital, Klinik dan Agensi Kerajaan/Swasta yang berdekatan. Di antara agensi yang turut sama menyertai pasukan HMR ini terdiri dari Klinik Kesihatan Kg. Raja, Klinik Kesihatan Padang Luas, Klinik Kesihatan Jabi, Farmasi Ibn Sina Besut, Farmasi Pharmaco Plus, Farmasi Ammar Medicare, MKPP Kg. Raja Utara, MPKK Kg. Raja Selatan dan MPKK Kg. Raja Terbak.
 
Majlis pelepasan pasukan HMR dan penutup serta penyampaian cenderahati/sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Ab. Fatah bin Ab Rahman, Dekan Fakulti Farmasi. Sebanyak 15 buah telah di lawati oleh tiga pasukan HMR yang bermula pada jam 9.00 pagi  -1.00 petang. Program sulung FF ini telah berjaya mencapai objektif utamanya untuk berkongsi ilmu mengenai kaedah dan cara pengambilan ubat-ubatan secara betul dan rasional.  Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi pemangkin kepada FF untuk mengeratkan hubungan Universiti dengan masyarakat disamping mempromosikan UniSZA amnya dan FF khususnya.
 
Sekalung penghargaan dan terima kepada pihak Pengurusan Universiti yang memberikan sokongan dalam menjayakan program pada kali ini. Tidak lupa kepada semua pasukan HMR dan staf FF yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan program ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Semoga ukhuwwah dan kerjasama ini dapat diteruskan pada progra-program lain yang akan datang.
 
Pohon Sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman
 
 
hmr